2009年2月21日星期六

ISA -satu pendekatan pemulihan, bukan penganiaya?

Baru-baru ini,Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar membela pihak polis agar penggunaan ISA (Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri) bukan satu penganiayaan bahkan ianya adalah satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman.
Mengikut beliau, akta tersebut bertujuan memulihkan pemahaman dan ideologi yang didapati jauh terpesong dari landasan asal dan bukan bertujuan untuk menghukum individu atau kumpulan yang terbabit.
Beliau berkata,“ISA masih diperlukan walaupun ancaman pengganas komunis telah berakhir di negara kita, tetapi negara masih terdedah kepada bentuk ancaman keselamatan lain yang berpotensi menggugat keselamatan awam.
“Antara ancaman-ancaman adalah ancaman keselamatan daripada kumpulan pengganas atau militan, kumpulan ekstremis agama dan kumpulan pelampau kaum,” katanya di majlis Bicara Tokoh “Adakah ISA Satu Bentuk Penganiayaan?, di Kuantan, malam tadi.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa bertindak di bawah akta itu untuk mengelak berlaku sesuatu kejadian yang boleh menyebabkan trauma kepada rakyat seperti Peristiwa 13 Mei pada 1969.
Ismail berkata, ISA perlu diteruskan kerana ia satu akta yang bukan berbentuk penganiayaan tetapi ia relevan untuk membendung keselamatan negara.
“Tindakan sesetengah pihak yang meminta ISA perlu digubal adalah satu pemikiran yang kolot,” katanya.
Sementara itu, bekas penasihat kumpulan Al-Arqam pada 1994, Zabidi Muhammad berkata, ISA perlu dikekalkan dan menyeru agar PDRM berani bertindak tegas terhadap sesuatu yang boleh mengancam nyawa.
“Selama tiga tahun saya ditahan di bawah akta ini, akhlak saya semakin bagus begitu juga dengan rakan-rakan lain, ada antara mereka yang berjaya seperti menjadi seorang usahawan, guru dan sebagainya,” katanya.
Bagi bekas bendahari Kumpulan Jemaah Islamiah, Faiz Abu Bakar Bafana yang pernah merancang pengeboman di gereja dekat Indonesia berkata, ISA memberi peluang kedua kepadanya agar kembali ke landasan yang benar.
“Akta ini memberi peluang kepada saya untuk membaiki kesilapan dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat,” katanya yang pernah ditahan selama empat tahun setengah di bawah akta tersebut.

没有评论: