Pemimpin Parti Progresif Rakyat (PPP) kerapkali membuat ugutan keluar Barisan Nasonal. Nampaknya kali ini, Datuk M.Kayveas telah meludah air ke langit , diri sendiri mendapat malu dan meletakkan pucuk pemimpin partinya dalam dilema. Beliau sepatutnya menepuk dada tanya selera sebelum bertindak secara membabi buta.
Bukan kali pertama PPP di bawah kepimpinan Datuk M.Kayveas membuat ugutan. Sebelum ini, beliau pernah mengugut meninggalkan BN jikalau partinya tidak diberi kuota menteri dan kerusi pilihan raya tertentu. Pasca pilihan raya umum ke12, telah menyaksikan ada pemimpin tertentu parti komponen mengambil pendirian yang bercanggah dengan semangat dan permuafakatan BN. Ramai melihat tindakan PPP keterlaluan, majoriti dalam BN berpendapat parti PPP tidak wajar sekali kekal dalam BN.
Sebagai tindak balas kepada ugutan PPP , Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Badawi menegaskan PPP bebas untuk meninggalkan Barisan nasional jika pucuk pemimpin berhasrat berbuat demikian.
Baru-baru ini, Datuk M.Kayveas mendesak Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia supaya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta ISA seperti disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen.
Kenyataan PM tersebut cukup tegas dan jelas mesegnya. Datuk M.Kayveas berpandangan pendek untuk membuat tuntutan dan ugutan kali ini , tanpa mengambil kira sokongan , realiti dan kekuatan partinya sejak berlakunya tsunami politik 308 tahun ini.
没有评论:
发表评论